Sunday 4 December 2011

Bibir Tersenyum Hati Menangis

"Dunia ini tempat persinggahan, bukan tempat tinggal abadi. Manusia di dunia ini terbahagi kepada dua.
Pertama: orang yang menjual dirinya(kepada hawa nafsu) dan musnah kerananya.
Kedua: manusia yang membeli dirinya dan mampu membebaskannya."
-Imam Ali Abi Talib.

Teringat seorang teman sekelas yang selalu tertekan dengan masalah bila berdepan dengan salah seorang 'group discussion' yang selalu cakap lepas dan bangkang sesuka hati tanpa hiraukan perasaan orang kawan lain. Dibibirnya sering kali menguntum senyuman gembira , namun hakikatnya dalam hati hanya ALLAH yang tahu segalanya. Kesian pulak bila tengok dia macam tu. Berpura-pura gembira dan ceria. Namun apa boleh buat? dek kerana nak jaga perasaan orang punya pasal sanggup membiarkan diri sendiri derita dan sengsara.

Tapi, bila difikirkan balik, cara dia ada betulnya. Tapi, itulah salah satu penyakit orang Melayu...selalu sangat fikirkan orang lain tanpa diri sendiri. Bukankah itu dinamakan menzalimi diri sendiri?
Terlalu mudah bagi kita untuk mengorbankan perasaan pada seseorang yang kita geruni hinggakan soal hati yang menjerit minta pertimbangan.

Sebagai manusia yang diciptakan Tuhan dengan sempurna dengan memiliki kasih dan sayang dari sekeping hati yang mulia, sepatutnya kita menghargai pemberianNYA. Bukannya memendam perasaan  dan melukakan hati untuk manusia yang tak pandai menilai kasih, tetapi menjaga hati dan perasaan untuk terus menghargai dan mengingati Sang Pencipta Yang Maha Kuasa. Itulah manusia....seringkali tersasar dari tujuan dan matlamat asal tugasnya sebagai khalifah di bumi Tuhan yang luas ini. Kita sering menjaga hati orang lain yang baru beberapa minit dikenali, sedangkan kita selalu lupa untuk menjaga 'hati' Tuhan  yang telah menciptakan hambaNYA.

Kembalilah menjaga 'hati' Sang Pencipta yang telah jauh dan lama kita tinggalkan.
Jadilah manusia yang bibirnya selalu tersenyum kerana terlalu kagum dan bangga mengalun-alunkan nama-nama ALLAH; dan hati yang sentiasa menangis mengenangkan dosa-dosa di atas khilafnya insan supaya menjadi hamba yang lebih baik untuk masa akan datang. INSYAALLAH....

2 comments: