Friday 16 December 2011

Kisah sang kambing dan seekor kucing

Tak pernah kita dengar kisah dua jenis binatang ini sepanjang hidup kita kan? dari kecil hinggalah dah remaja, kisah antara kambing dengan kucing tak pernah singgah ke telinga baik untuk dijadikan cerita tauladan mahupun bahan gurauan. Tapi, sejak beberapa hari lepas, dua jenis haiwan ini menjadi tarikan untuk saya kongsi dalam blog hari ini.


Sebuah kisah tentang persahabatan. Agak menarik untuk didengar dan dijadikan contoh bagi manusia. Seekor kucing yang selalu bersama-sama dengan seekor kambing walau dimana sahaja mereka berada. Dimana ada sang kambing dan disitulah ada si kucing dan begitula sebaliknya. Nak dijadikan cerita, pada suatu hari sang kucing jatuh sakit dan ditakdirkan sang kucing tersebut telah mati di depan mata sang kambing tadi. Sang kambing yang melihat kucing tadi lemah tidak bergerak cuba untuk mengejutkan kucing tadi dengan menanduk-nandukkan tanduknya pada badan kucing tadi supaya kucing tadi bergerak dan bangun seperti biasa. Tetapi malangnya kucing tadi tidak memberi sebarang reaksi. Sang kambing sangat sedih dengan tindakan kucing tersebut. Dan sepanjang hari itu sang kambing senyap seolah-olah dia begitu sedih dengan pemergian sahabatnya tadi.

Begitula kisah antara dua ekor haiwan tadi. Walaupun cerita ini begitu pendek untuk dicoretkan, namun kesannya begitu mendalam bagi diri manusia. Sifat kasih terhadap kawannya meskipun ianya seekor binatang yang bagi kita begitu hina namun ianya banyak memberikan kesedaran kepada kita semua.
Kadang-kadang, diri ini sentiasa berfikir sendiri...mengapakah ada segelintir manusia yang sanggup menyakiti, menganiayai hati kawan sendiri? sedangkan kita diberi hati dan perasaan yang penyayang dan kasihkan sesuatu benda.. Namun,hakikatnya kita gagal menjadi seorang kawan yang baik dan sanggup menyakiti hati kawan sendiri.

Jadikanlah kisah persahabatan antara kambing dan kucing tadi sebagai pengajaran kepada kita semua.
PS//:Kisah tersebut adalah kisah benar!
SEKIAN,TERIMA KASIH.

Wednesday 14 December 2011

SECALIT KHABAR

Sudah berminggu-minggu rasanya blog ni tak di update. Kesibukan dengan kelas dan berkejar-kejar mencari bahan untuk tugasan dah menjadi rutin harian bagi pelajar-pelajar KUIS. Tambahan pulak minggu depan dah masuk midsem,so semua benda perlulah buat 2@3 minggu ni. Lagi 2 bln nak final...arrrrggghhh....tension3. Satu subjek pun  tak prepare. Camne ni? kata nak jadik best student n dapat dean's list tiap2 sem, tapi kalau ginila caranya....wasallam jela jawabnya.
Sedar tak sedar dah masuk 2 bln masuk semester baru  dan maknanya tinggal beberapa semester lagi nak graduate. Tak sabar rasanya nak tunggu hari konvokesyen, hari yang paling ditunggu-tunggu oleh semua pelajar yang bergelar mahasiswa. Tapi, dalam keseronakan tu sebenarnya tersimpan satu perasaan sedih dan takut jugak. Sedih sebab terpaksa berpisah dengan teman2 menyakat bergurau, menangis bersama. Takut....takut untuk berdepan dengan dunia luar daripada 'alam' kita Bermakna dunia yang penuh dengan cabaran dan dugaan. Apa-apa pun life must be go on and happening....huhu.
Next week dah nak balik kampung. Tak sabar rasanya nak jumpa 'kanak-kanak ribena'. Hahaha.Saborrr jela diorang dapat 'cu' yang macam aku ni. hehehe. Suka pun suka jugak, tapi, assigment yang bertimbun-timbun tu kene la angkut ke kampung. NGEHHHHHH3......
ok....la. Sampai sini jela celoteh tuk ptg ni...Next time sambung balik. Salam.

Sunday 4 December 2011

Bibir Tersenyum Hati Menangis

"Dunia ini tempat persinggahan, bukan tempat tinggal abadi. Manusia di dunia ini terbahagi kepada dua.
Pertama: orang yang menjual dirinya(kepada hawa nafsu) dan musnah kerananya.
Kedua: manusia yang membeli dirinya dan mampu membebaskannya."
-Imam Ali Abi Talib.

Teringat seorang teman sekelas yang selalu tertekan dengan masalah bila berdepan dengan salah seorang 'group discussion' yang selalu cakap lepas dan bangkang sesuka hati tanpa hiraukan perasaan orang kawan lain. Dibibirnya sering kali menguntum senyuman gembira , namun hakikatnya dalam hati hanya ALLAH yang tahu segalanya. Kesian pulak bila tengok dia macam tu. Berpura-pura gembira dan ceria. Namun apa boleh buat? dek kerana nak jaga perasaan orang punya pasal sanggup membiarkan diri sendiri derita dan sengsara.

Tapi, bila difikirkan balik, cara dia ada betulnya. Tapi, itulah salah satu penyakit orang Melayu...selalu sangat fikirkan orang lain tanpa diri sendiri. Bukankah itu dinamakan menzalimi diri sendiri?
Terlalu mudah bagi kita untuk mengorbankan perasaan pada seseorang yang kita geruni hinggakan soal hati yang menjerit minta pertimbangan.

Sebagai manusia yang diciptakan Tuhan dengan sempurna dengan memiliki kasih dan sayang dari sekeping hati yang mulia, sepatutnya kita menghargai pemberianNYA. Bukannya memendam perasaan  dan melukakan hati untuk manusia yang tak pandai menilai kasih, tetapi menjaga hati dan perasaan untuk terus menghargai dan mengingati Sang Pencipta Yang Maha Kuasa. Itulah manusia....seringkali tersasar dari tujuan dan matlamat asal tugasnya sebagai khalifah di bumi Tuhan yang luas ini. Kita sering menjaga hati orang lain yang baru beberapa minit dikenali, sedangkan kita selalu lupa untuk menjaga 'hati' Tuhan  yang telah menciptakan hambaNYA.

Kembalilah menjaga 'hati' Sang Pencipta yang telah jauh dan lama kita tinggalkan.
Jadilah manusia yang bibirnya selalu tersenyum kerana terlalu kagum dan bangga mengalun-alunkan nama-nama ALLAH; dan hati yang sentiasa menangis mengenangkan dosa-dosa di atas khilafnya insan supaya menjadi hamba yang lebih baik untuk masa akan datang. INSYAALLAH....

selamat datang

hai,this is my first entry...come to be my followers...huhu